Tahniah Hazama diatas kemenangan menjadi Juara Akademi 9 (AF9). Hazama memang best giler di Konsert Final AF9 malam ni. Dia ternyata ada kelas!
Lagu barunya sungguh memukau. Lagu pilihan juga best. Jadi Hazama memang layak menjuarai AF9.
Kalau Konsert Final ini dihakimi oleh pihak juri professional sekalipun, pasti Hazama menang juga. Persembahannya memang amat menghiburkan dan suaranya amat kena dengan kedua-dua lagu yang dibawanya.
Datuk Ramli MS sendiri pun mengatakan bahawa Hazama berada tiga tiang ke depan dari peserta lain. Memang jelas pun!
Sungguh amat berbaloi Hazama masuk Akademi Fantasia 9 (AF9) ini. Walaupun hadiah-hadiahnya tidak selumayan musim Mawi dan selepasnya tu, menempa nama itu lebih penting.
Semoga selepas ini bintang Hazama akan lebih cerah. Mudah-mudahan kehadirannya akan lebih memberi impak.
Salam Fir.
ReplyDeleteWaa! Buat N3 pasal penyanyi baru berbakat jer ke? Hehe.
Salam Firdi.
ReplyDeleteSemoga Hazama kekal berjaya dipersada seni.
Salam Bro Fir.
ReplyDeleteHazama layak!