Saturday, 18 June 2011

SHOCKING REVELATIONS

The trial of former Menteri Besar Selangor has progressed in Court.  As the case proceeded, there are clear and shocking revelations about  how a public servant had misbehaved.

Although the case is still in the process of legal proceeding, the alleged wrongdoing is more than we could swallow.  How could a public servant who served the public for that short duration amass such wealth? 

A public servant earn only so much a month.  Even with the perks and privileges that he was eligible for, a Menteri Besar who served less than four terms could not be that filthy rich.  There was no way that kind of wealth could be made within that short span of time!

Sunday, 12 June 2011

HAZAMA JUARA AF9

Tahniah Hazama diatas kemenangan menjadi Juara Akademi 9 (AF9).  Hazama memang best giler di Konsert Final AF9 malam ni.  Dia ternyata ada kelas!

Lagu barunya sungguh memukau.  Lagu pilihan juga best.  Jadi Hazama memang layak menjuarai AF9. 

Kalau Konsert Final ini dihakimi oleh pihak juri professional sekalipun, pasti Hazama menang juga.  Persembahannya memang amat menghiburkan dan suaranya amat kena dengan kedua-dua lagu yang dibawanya.

Datuk Ramli MS sendiri pun mengatakan bahawa Hazama berada tiga tiang ke depan dari peserta lain.  Memang jelas pun!

Sungguh amat berbaloi Hazama masuk Akademi Fantasia 9 (AF9) ini.  Walaupun hadiah-hadiahnya tidak selumayan musim Mawi dan selepasnya tu, menempa nama itu lebih penting.

Semoga selepas ini bintang Hazama akan lebih cerah.  Mudah-mudahan kehadirannya akan lebih memberi impak.

Thursday, 2 June 2011

MALAM JUMAAT BACA SURAH AL KAHFI

Dari sejak kecil lagi Mama dan Papa serta Atuk juga selalu suruh baca surah Yaasin dan Al Kahfi pada malam  Jumaat.  Mula-mula kita orang adik-beradik dipaksa baca juga.

Semasa bulan pertama tu, rasa amat perit.  Selalunya kita orang sampai tersengguk-sengguk.

Kemudian disergah oleh Papa.  Segar la balik!  Tapi terus baca sambil menangis.

Selepas sebulan,  Atuk syorkan supaya baca surah Al Kahfi pada malam Jumaat.  Yassin pula dibaca pada hari Jumaatnya, samaada sebelah pagi atau sebelah petang.