Thursday, 13 October 2011

KEBINGUNAN

Masa mula daftar jadi blogger, aku memang teruja.  Kemudian aku lihat keadaan tidak seperti yang aku bayangkan.  Jadi aku jadi semakin tawar hati.

Tapi ada dua tiga blog yang aku suka.  Jadi aku masuk juga la membaca dan tinggal komen.

Tiba-tiba blog yang aku suka hilang begitu saja.  Kalau klik dari dashboard keluar katanya di'removed' dan nama seumpamanya tidak terbuka untuk blog baru.  Tetapi bila klik dari kolum komen di blog, lain pula katanya.

Jadi aku kebingungan.  Apa halnya?  Blog tu terang dan nyata hanya berupa blog silaturrahim.  Pendekatannya santai berkongsi ilmu, pengalaman yang baik.  Takkan pula disekat!

Sunday, 18 September 2011

Aku memang anak Malaysia. Semua yang lahir di Malaysia adalah warga Malaysia sebenarnya.  Jadi memang sepatutnya kita semua meraikan Hari Malaysia.

Tapi aku lupa pulak hari Jumaat semalam tu adalah Hari Malaysia.  Mungkin kerana terlalu beraya!  Lagi pula baru dua tahun kita menyambutnya.

Untung juga jatuhnya pada hari Jumaat.  Panjang sikit cuti hujung minggu ini.

Wednesday, 31 August 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aduh, lewat juga baru dapat masuk lepak sekejap di sini.  Sempena sambutan Hari Raya yang mulia ini, elok juga la aku pun ikut memberi ucap selamat sambil bermaafan.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, 3 August 2011

PUASA RAMADHAN

Sedar tak sedar sudah masuk empat hari kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak.  Syukurlah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di mana semua amalan baik akan dirahmati dengan pahala yang berganda.
 
Tentu sekali amat baik jika kita dapat melakukan sebanyak amalan.  Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan.
 
Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.

Wednesday, 20 July 2011

JUST BELIEVE

We dont need force and agreesions to move or motivate people to do good deeds.  Yes, just believe that most of the times, encouragements and gentle persuasions would do a better job.

However, there are people who are so set and determined to turn minor obstacles into major dramas.  No matter what others tried to persuade them to be change their negative attitude, they just wont listen.

These group of people are destructive.  Good samaritans should fight them to ensure we have postive progress.

Sunday, 10 July 2011

BERSIH DENGAN HAMPIR 2000 DITANGKAP

Kalau kita tengok CNN dan stesyen lokal seperti TV3 pasal BERSIH semalam, jauh berbeza ceritanya.  CNN melihat dari kaca dunia.  TV3 mengikut arahan pemerintah la!

Terpulanglah kepada rakyat nak berpihak kepada kebenaran atau terus mahu dihayun lena oleh media arus perdana.  Orang luar tak kisah.  Akibatnya ditanggung oleh kita.

Apa yang jelas, hampir 2000 orang telah ditangkap dan ditahan.  Mereka ke bawa ke balai polis atau ke Polapol untuk dicatit butir-butir peribadi dan kesalahan.  Khabarnya kebanyakan mereka dibebaskan kemudian.

Monday, 4 July 2011

RENTAK BLOG

Bagi sesetengah orang blog adalah tempat untuk meluahkan segala rasa di hati dan perjalanan hidup sehari-hari. Tetapi tidak ramai yang mahu luahkan segala-galanya di sini kerana banayak cerita yang terlalu peribadi.

Masa berjalan begitu pantas.  Kerja pula begitu banyak.  Selalunya cukup meletihkan dan tak ada mood untuk berbuat apa-apa lagi, termasuklah blogging.

Aku rasa nak kongsi macam-macam di sini.  Pendeknya macam boleh luah dan ceritakan apa saja di sini untuk mengelakkan stress.

Tetapi ada pula kawan-kawan menasihatkan supaya berhati-hati.  Kalau tidak kena, boleh membawa bala pula.  Seram juga bunyinya tu!

Bila kena tapis dulu tu kiranya menambahkan beban di minda.  Hujungnya tak update la!  Hehe.

Saturday, 18 June 2011

SHOCKING REVELATIONS

The trial of former Menteri Besar Selangor has progressed in Court.  As the case proceeded, there are clear and shocking revelations about  how a public servant had misbehaved.

Although the case is still in the process of legal proceeding, the alleged wrongdoing is more than we could swallow.  How could a public servant who served the public for that short duration amass such wealth? 

A public servant earn only so much a month.  Even with the perks and privileges that he was eligible for, a Menteri Besar who served less than four terms could not be that filthy rich.  There was no way that kind of wealth could be made within that short span of time!

Sunday, 12 June 2011

HAZAMA JUARA AF9

Tahniah Hazama diatas kemenangan menjadi Juara Akademi 9 (AF9).  Hazama memang best giler di Konsert Final AF9 malam ni.  Dia ternyata ada kelas!

Lagu barunya sungguh memukau.  Lagu pilihan juga best.  Jadi Hazama memang layak menjuarai AF9. 

Kalau Konsert Final ini dihakimi oleh pihak juri professional sekalipun, pasti Hazama menang juga.  Persembahannya memang amat menghiburkan dan suaranya amat kena dengan kedua-dua lagu yang dibawanya.

Datuk Ramli MS sendiri pun mengatakan bahawa Hazama berada tiga tiang ke depan dari peserta lain.  Memang jelas pun!

Sungguh amat berbaloi Hazama masuk Akademi Fantasia 9 (AF9) ini.  Walaupun hadiah-hadiahnya tidak selumayan musim Mawi dan selepasnya tu, menempa nama itu lebih penting.

Semoga selepas ini bintang Hazama akan lebih cerah.  Mudah-mudahan kehadirannya akan lebih memberi impak.

Thursday, 2 June 2011

MALAM JUMAAT BACA SURAH AL KAHFI

Dari sejak kecil lagi Mama dan Papa serta Atuk juga selalu suruh baca surah Yaasin dan Al Kahfi pada malam  Jumaat.  Mula-mula kita orang adik-beradik dipaksa baca juga.

Semasa bulan pertama tu, rasa amat perit.  Selalunya kita orang sampai tersengguk-sengguk.

Kemudian disergah oleh Papa.  Segar la balik!  Tapi terus baca sambil menangis.

Selepas sebulan,  Atuk syorkan supaya baca surah Al Kahfi pada malam Jumaat.  Yassin pula dibaca pada hari Jumaatnya, samaada sebelah pagi atau sebelah petang.

Friday, 20 May 2011

ANTARA SCOTTY DAN LAUREN

Aku dapat tahu pagi tadi bahawa dua peserta antara yang termuda telah layak ke peringkat akhir American Idol 2011.  For now, Im really happy that the best two are competing in the finale.

Kita di Malaysia baru mendapat tayangannya lewat petang tadi.  Itupun bukan semua dapat menontonnya pada waktu tu, termasuklah aku.  Jadi aku sabar menunggu tengok repeat la.

Buat masa sekarang hingga hari Rabu-Khamis akan datang, kita boleh main teka-teki.  Antara Scotty McCreedy dan Lauren Alina, siapa yang akan jadi juara Idola?

Aku tentulah pilih Scottie.  Suaranya unik, genre kegermarannya unik dan he is very likeable and pleasant.

Friday, 13 May 2011

TESTING JER

Apa hal blogging system ni?  Sawan ke aper?

Saturday, 7 May 2011

APAHAL ABANG SALLEH

Aku buka surat khabar Metro pagi ini.  Selalu memang browse saja, sebab malas baca .  Sekadar nak tahu lebih kurang saja.  Kalau orang gebang tak ada sampai tak tahu.

Sekali aku tengok cerita tentang Abang Salleh Yaakob akan mencukupkan kouta empat isteri.  Terkedu sekejap.  Dalam hati saja aku bertanya, 'Apahal abang Salleh?'

Itu hak dan pilihan dia.  Yang bakal jadi nombor empat pun mahu.  Dunia!

Monday, 25 April 2011

ANAK-ANAK GEMUK

Dengar seperti hebat juga rancangan nak menurunkan berat badan anak-anak sekolah yang gemuk.  Katanya program selama tiga bulan ini adalah intensif.

Bolehkah anak-anak ini menerima segala isi program dalam masa tiga bulan.  Untuk turun badan pastinya mustahil.  Tapi takut juga anak-anak itu terlalu tertekan dengan keterpaksaan itu.

Walaubagaimanapun kita lihat dahulu bagaimana modulnya nanti.

Tuesday, 19 April 2011

BETUL BAGAI DIKATA

Begitu rupanya sistem Maya blogger ini.  Letih juga la mencuba.  Hari ni baru muncul.

Jadi betul la bagai dikata iaitu kita kena bersabar saja.  Memang ada masa sistem jadi meragam.

Maklum sajalah orang baru.  Semua baru kenal!  Hehe. 

Sunday, 17 April 2011

APA HAL DENGAN BLOGGER SUPPORT.

Aduhhh!  Letih la macam ini.  Boleh hilang mood ni!

Tiga hari berlalu tapi masih juga tak boleh akses untuk nak memperbaiki wajah.  Klik button design, keluar logo blogger saja.

Thursday, 14 April 2011

AKU JUGA BLOGGER

Itu la.  Aku daftar juga! 

Orang kata boleh luahkan apa-apa saja di blog asalkan tidak melanggar undang-undang.