Thursday 13 October 2011

KEBINGUNAN

Masa mula daftar jadi blogger, aku memang teruja.  Kemudian aku lihat keadaan tidak seperti yang aku bayangkan.  Jadi aku jadi semakin tawar hati.

Tapi ada dua tiga blog yang aku suka.  Jadi aku masuk juga la membaca dan tinggal komen.

Tiba-tiba blog yang aku suka hilang begitu saja.  Kalau klik dari dashboard keluar katanya di'removed' dan nama seumpamanya tidak terbuka untuk blog baru.  Tetapi bila klik dari kolum komen di blog, lain pula katanya.

Jadi aku kebingungan.  Apa halnya?  Blog tu terang dan nyata hanya berupa blog silaturrahim.  Pendekatannya santai berkongsi ilmu, pengalaman yang baik.  Takkan pula disekat!

Sunday 18 September 2011

Aku memang anak Malaysia. Semua yang lahir di Malaysia adalah warga Malaysia sebenarnya.  Jadi memang sepatutnya kita semua meraikan Hari Malaysia.

Tapi aku lupa pulak hari Jumaat semalam tu adalah Hari Malaysia.  Mungkin kerana terlalu beraya!  Lagi pula baru dua tahun kita menyambutnya.

Untung juga jatuhnya pada hari Jumaat.  Panjang sikit cuti hujung minggu ini.

Wednesday 31 August 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aduh, lewat juga baru dapat masuk lepak sekejap di sini.  Sempena sambutan Hari Raya yang mulia ini, elok juga la aku pun ikut memberi ucap selamat sambil bermaafan.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday 3 August 2011

PUASA RAMADHAN

Sedar tak sedar sudah masuk empat hari kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak.  Syukurlah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di mana semua amalan baik akan dirahmati dengan pahala yang berganda.
 
Tentu sekali amat baik jika kita dapat melakukan sebanyak amalan.  Jadi marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan.
 
Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.

Wednesday 20 July 2011

JUST BELIEVE

We dont need force and agreesions to move or motivate people to do good deeds.  Yes, just believe that most of the times, encouragements and gentle persuasions would do a better job.

However, there are people who are so set and determined to turn minor obstacles into major dramas.  No matter what others tried to persuade them to be change their negative attitude, they just wont listen.

These group of people are destructive.  Good samaritans should fight them to ensure we have postive progress.

Sunday 10 July 2011

BERSIH DENGAN HAMPIR 2000 DITANGKAP

Kalau kita tengok CNN dan stesyen lokal seperti TV3 pasal BERSIH semalam, jauh berbeza ceritanya.  CNN melihat dari kaca dunia.  TV3 mengikut arahan pemerintah la!

Terpulanglah kepada rakyat nak berpihak kepada kebenaran atau terus mahu dihayun lena oleh media arus perdana.  Orang luar tak kisah.  Akibatnya ditanggung oleh kita.

Apa yang jelas, hampir 2000 orang telah ditangkap dan ditahan.  Mereka ke bawa ke balai polis atau ke Polapol untuk dicatit butir-butir peribadi dan kesalahan.  Khabarnya kebanyakan mereka dibebaskan kemudian.